May 7, 2010

::Kisah Kasihi::

::Awwalan::

Apabila sibuk ke kelas, mengeluh penat. Bila dah abis musimnya, mengeluh jugak: BORING. Tak tau nak buat apa, nak pergi mana. Hai, macam-macam.

Study week dah mampir, tak lama je lagi kami akan berfinal. Amboi, kejap je dah nak khatam pengajian KPLI ni :)

::1 MEI 2010::

Alhamdulillah, adik selamat dinikahkan. Walimah kedua dalam keluarga. Dan, diri ini pula yang terpaksa menjadi 'artis' apabila diserbu dengan soalan-soalan berkaitan perkahwinan. Hehe. Yelah, adik dah kawen, alongnya bila??



Tunggulah :)

Dalam diam, saya lihat adik dalam wajahnya yang matang. Berbezanya dengan sebelum ni. Macam magik pula. Entahlah, betul agaknya kata orang, perkahwinan akan mematangkan seseorang.

Jujur, saya sebagai Along merasakan berat hati, was-was aja bila adik mahu bernikah. Eish, macam tak caya. Dah luluskah di dapur? Bolehkah adik handle alam rumahtangga? (geleng-geleng kepala sambil berfikir)

Dan, akhirnya segala persoalan-persoalan itu terlerai begitu sahaja apabila saya perlu akur pada takdir dan doa.

Takdir adik dah ditetapkan. Adik akan menikah ketika usianya menginjak 21. Apa yang saya boleh lakukan ialah memantaunya sering, menjaganya masih dan mendoakan selalu kebahagiaannya.

Sebab, saya hanya seorang adik perempuan . Dan, saya adalah alongnya.

::Melankolik::

Saya membaca sajak di hari perkahwinan adik. Aduhai, baru beri salam sudah menangis. Sebak pula. Bukan sebab saya tak kawen lagi (DJ mengarut), hehe. Anda pasti faham apa yang saya rasakan

Sebenarnya, saya rasa bagai berhutang dengan adik. Berhutang masa sewaktu remajanya. Waktu itu, saya sedang sibuk di alam pengajian. Langsung, saya jarang sangat berada di rumah. Adik di alam remaja tanpa seorang kakak yang dapat mendengar kesedihan, kegembiraan.

Jauhnya kami saat itu -_-

Apabila adik melakukan khilaf, saya tiada untuk merasionalkan. Bila adik dimarah, saya tiada untuk mententeramkan. Bila adik mahu belajar, di mana saya untuk membantu?

Robbi, kesalan itu saya rasakan sehingga kini.

Mungkin ada akan kata "bukan salah engkau. tak payahlah rasa bersalah"

Ia, apa-apalah. Namun, sebagai seorang "along", itulah yang saya rasakan.

Saya paling tak dapat lupakan saat adik berada di wad kecemasan kerana mengalami kemalangan 2 tahun lepas. Merenungnya di dalam kesakitan, cukup meluluhkan perasaan.

Saat itu amat memberi kesan kepada diri ini, dan mulai saat itulah saya berjanji untuk sentiasa "bersama" adik.

::Akhiran::

Dalam setiap perkara, benarkan keluarga dijadikan keutamaan. Hargai sesuatu sementara ianya masih ada. Pautkan bersama kasih sayang, nasihat dan do'a.

Mereka di sekeliling kita terutamanya keluarga adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai. Setuju??

Saya amat setuju!!

Dan buat adik yang disayangi, Selamat Menjalani Alam Rumahtangga. Love U :)

2 comments:

lady mermalade said...

yeah,saya amat setujuuuuuuu~
luv u too ;)

Mentor_ulung said...

hehe...muah2